Sunday, November 21, 2010

Bawang Putih Bawang Merah

Bawang Merah dan Bawang Putih


    Ibu Bawang Merah sudah meninggal dunia. Kini Bawang Merah tinggal bersama ibu tirinya dan adik tirinya yang bernama Bawang Putih. Ibu tirinya tidak suka kepada Bawang Merah. Ibu tirinya selalu memarahinya. Dia lebih sayang kepada Bawang Putih.

    Apabila dewasa, Bawang Merah menjadi gadis yang cantik. Bawang Putih berasa cemburu. Ibu tirinya juga iri hati kepada Bawang Merah. Dia selalu menyuruh Bawang Merah membuat kerja-kerja berat. Bawang Merah sangat sedih. Bawang Merah menangis dekat perigi. Bawang Merah selalu teringat kepada ibunya. Tiba-tiba seekor ikan kaloi muncul di permukaan air.

“Jangan menangis, aku akan bersahabat dengan kau. Dulu, aku juga bersahabat dengan ibumu,” kata ikan kaloi itu. Semenjak itu, Bawang Merah selalu memberi ikan kaloi itu makan. Bawang Merah tidak sedih lagi. Ikan kaloi menjadi tempatnya mengadu nasib. Malangnya ibu tirinya nampak perbuatan Bawang Merah.

    Pada suatu hari, ibu tirinya menyuruh Bawang Putih menangkap ikan kaloi itu. Ibu tirinya memasak ikan kaloi itu. Bawang Merah tidak tahu apa yang terjadi.
Pada suatu malam, Bawang Merah bermimpi. Ibunya menyuruhnya menanam tulang ikan kaloi di belakang rumahnya. Pada keesokan harinya, Bawang Merah pun menanam tulang ikan kaloi itu. Apabila Bawang Merah bangun, dia melihat sepohon pokok tumbuh di tempat tulang ikan kaloi itu ditanam. Ada buaian emas di dahan pokok
tersebut. Bawang Merah bermain buaian emas sambil menyanyi dengan girang. Suara Bawang Merah merdu. Nyanyiannya didengari seorang Putera Raja, “Suara siapakah yang merdu itu?” Mereka mendapati suara itu suara Bawang Merah. Putera Raja berkahwin dengan Bawang Merah. Mereka hidup bahagia di istana.

No comments:

Post a Comment

Followers

Total Pageviews